8 PERBEZAAN ANTARA CUCKOO DAN coway SERTA PENAPIS AIR LAIN

Ramai di luar sana yang sentiasa mencari perbezaan antara cuckoo dan juga coway. Adalah tidak adil bagi saya seorang seller cuckoo untuk menceritakan produk orang lain. Sudah pasti saya akan menjatuhkan produk tersebut. Jadi dalam penulisan saya ini, saya akan share tentang kelebihan yang ada pada penapis air cuckoo berbanding yang lain.

Saya juga pengguna bagi cuckoo. Model yang saya gunakan adalah model Fusion Top. Dan bagi saya, kenapa saya memilih model ini adalah kerana beberapa sebab.

  1. Model ini ada sejuk panas.
  2. Cara penggunaan yang simple.
  3. Model fusion top ni bagi saya sedikit tahan lasak.
  4. Kapasiti tank sederhana, sangat sesuai bagi saya yang berkeluarga kecil ini.

Itu pendapat saya tentang cuckoo yang saya gunakan sendiri.

Di bawah ni, saya berikan perbezaan yang paling ketara diantara cuckoo dan juga syarikat lain.

  1. Harga

Kebanyakan produk cuckoo mempunyai harga yang sangat sesuai dengan rakyat marhaein kerana banyak produk cuckoo mempunyai harga yang di bawah rm100 sebulan. Oleh yang demikian, customer mempunyai banyak pilihan produk yang sesuai dengan bajet bulanan mereka.

Untuk pengetahuan, di Cuckoo ada 2 jenis pelan bayaran untuk sewa beli. Yang mana ianya ada keistimewaan tersendiri. Di sini saya senaraikan pelan-pelan bayaran tersebut.

a. Normal Plan: pelan ini hanya mempunyai kontrak selama 3 tahun. Pengguna boleh membuat pilihan sama ada ingin meneruskan penggunaan cuckoo atau menamatkan penggunaan tersebut selepas 3 tahun. Dan jika pengguna ingin menamatkan penggunaan selepas 3 tahun, tiada sebarang penalti akan di kenakan.  Dan, jika penggun meneruskan penggunaannya. Pengguna perlu menyambung semula bayaran untuk 2 tahun seterusnya dan mesin tersebut akan menjadi hakmilik pengguna.

b. Goood Plan: bagi pelan bayaran ini, customer perlu mengikut terma yang telah ditetapkan. Namun keistimewaan pelan ini, customer boleh memilih pakej bayaran yang di sediakan. 18 bulan, 24 bulan, 30 bulan, 36 bulan, 48 bulan dan 60 bulan. Semakin singkat tempoh pakej yang di pilih, harga akan sedikit tinggi. Namun, selepas tamat pakej tersebut. Mesin akan terus menjadi hakmilik pengguna itu.

UNTUK PERTANYAAN SILA KLIK SINI >> “SAYANAKTANYA

2. Jenis tangki yang digunakan

Kesemua penapis air cuckoo menggunakan tangki “stainless steel” tahan karat dan berkualiti tinggi. Ada yang kata, pakai tangki besi. Wat the heck??? Tangki keluli tahan karat la.

Apa yang istimewanya tangki “stainless steel” ini?

First buka minda anda, antara “stainless steel” dan plastic mana lebih berkualiti dan lebih baik? Sudah tentu “stainless steel”. Jadi kami gunakan bahan yang terbaik untuk pelanggan kami. Dan setiap kali servis, tangka merupakan item utama yang kami akan check bagi memastikan kualiti tangki terpelihara.

3. Jenis air yang dihasilkan

Untuk kesemua penapis air cuckoo, kami menghasilkan air mineral beralkali rendah. Air ini sesuai untuk diminum oleh semua orang. Jika anda biasa membeli air mineral di kedai, pasti kenal dan tahu rasa air mineral lebih sedap dari air reverse osmosis.

Ok, saya cerita sikit tentang air reverse osmosis atau lebih dikenali air RO. Air RO ni merupakan air kosong yang betul2 kosong. Tiada zad di dalam air tersebut. Sekadar menghilangkan dahaga sahaja.

Kan bagus kalau kita minum air selain menghilangkan dahaga ia juga memberikan manfaat pada badan. Saya tak kata air RO tidak bagus. Di sebalik kekurangan air RO tu, ada 1 kelebihan yang ada pada air RO. Iaitu air RO ini sangat sesuai diminum oleh pesakit buah pinggang yang terpaksa melalui proses dialisis. Sekali lagi saya ulang, sangat sesuai untuk pesakit buah pinggang yang terpaksa melalui proses dialisis.

Bagi orang yang sihat dan ingin mengekalkan kesihatan, adalah lebih baik minum air mineral. Tahukah anda air RO merupakan asid?

4. Pertukaran filter dan servis

Seperti penapis air jenama lain diluar sana, cuckoo juga menyediakan servis dan pertukaran filter secara percuma. Apa yang membezakan cuckoo dengan syarikat pesaing utama  adalah kekerapan pertukaran filter.

Cuckoo akan menukarkan filter setiap 4 bulan. Dan untuk setahun, cuckoo akan tukar 1 set filter dalam mesin. Ingat ya, kami tukar filter terus setiap 4 bulan. Bukan cuci filter.

UNTUK PERTANYAAN SILA KLIK SINI >> “SAYANAKTANYA

5. Cas servis selepas tamat kontrak

Apabila membeli penapis air, ramai yang tidak kaji bahagian ini. Bahagian paling penting jika kontrak pembelian sudah tamat.

Apabila kontrak tamat, secara automatic penapis air anda tidak akan lagi di jaga oleh pihak syarikat serta tiada lagi warranty. Dan jika ingin meneruskan servis dan warranty tersebut, anda dikenakan cas.

Saya berani katakan, cas servis selepas tamat kontrak bagi cuckoo sangat rendah berbanding syarikat lain. Kenapa saya kata begitu?

Ramai customer saya berhijrah dari syarikat pesaing dan pasang cuckoo. Dan sempat saya bertanya kenapa mereka bertukar ke cuckoo. Rata-rata mengatakan harga cuckoo lebih murah dan jimat. Mereka tidak sanggup membelanjakan duit untuk cas servis untuk penapis air lama mereka. Lebih baik mereka pasang baru dan mereka kata cas servis cuckoo selepas tamat kontrak jauh lebih murah.

6. Kontrak pembelian cuckoo (cuckoo good plan)

Di cuckoo anda boleh memilih pakej bayaran yang mana setiap pakej bayaran tersebut ada tempoh tersendiri. Anda boleh pilih untuk dapatkan pakej 18 bulan, 24 bulan, 30 bulan, 36 bulan, 48 bulan, 60 bulan, 72 bulan dan ada juga yang dapatkan pakej 84bulan.

Semakin Panjang tempoh kontrak atau pakej, harga semakin rendah. Dan saya berani katakan, anda sendiri boleh pilih ikut bajet poket masing-masing. Manakala servis dan warranty pula akan mengikut pakej yang anda pilih. Jika ambil pakej 18bulan, maka 18 bulan la kami cover penapis air anda. Jika ambil yang 60 bulan, maka servis dan warranty percuma selama 60 bulan tersebut.

Anda yang tentukan sendiri.

7. Sistem “refill” air yang pantas

Ok, ini specialnya pada cuckoo yang paling utama. Air yang masuk selepas kita ambil air tu, ala yg refill balik ke mesin tu sangat pantas.

Contoh, anda ambil 1 gelas air. Air baru akan terus masuk tanpa perlu menunggu. Erti kata lain, air dalam tangki penapis air cuckoo tidak akan habis. Sentiasa ada. Jadi kenapa kami  memerlukan kapasiti tangki yang besar jika air nak masuk semula kena tunggu lama.

UNTUK PERTANYAAN SILA KLIK SINI >> “SAYANAKTANYA

8. Design yang elegan

Majoriti penapis air cuckoo mempunyai rupabentuk yang sangat menarik dan cantik. Bukankah kita suka sesuatu yang cantik. Apabila ada penapis air yang cantik, ia membuatkan dapur kita akan lebih elegan, kemas dan pastinya lebih cantik. Setuju? Kita bayar berbulan-bulan lamanya, kan lebih baik dapat sesuatu yang cantik dan menawan.

 

Nak tahu model penapis air cuckoo yang sesuai untuk anda? Klik sini >> “MODELCUCKOOTERBAIK”

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

FREE Mystery Gift!

Promo price start from RM75.
Pssst: We also hate spam!
Open chat